USAHAWAN ATAS TALIAN
Nama : Satriani Binti Ahmad Umur : 19 Tahun Ahli : 2014 |
Bentuk Perniagaan & Latar belakang
Cik Satriani Ahmad, berasal dari Kampung Senimpul Pitas, merupakan seorang pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Pinggan-Pinggan, Pitas. Jarak Pusat Internet Pekan Baru Pitas dengan kampung Cik Satriani adalah sejauh 25KM, namun jarak yang jauh tidak menghalang untuk Cik Satriani menuntut ilmu di Pusat Internet sejak berdaftar menjadi ahli di Pusat Internet Pekan Baru Pitas sejak tahun 2014.
Sering mengikuti kelas dan program yang diadakan di Pusat Internet bermula daripada kursus asas komputer, kursus asas internet, kursus keusahawanan dan kursus literasi komputer sejak menjadi ahli pada tahun 2014 sehingga kini. Kesungguhan dan minat dalam menimba ilmu berkaitan dengan dunia teknologi dan komunikasi menjadikan Cik Satriani mendapat banyak ilmu baru berkenaan teknologi komputer yang boleh diterapkan dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
Peredaran waktu dan zaman yang begitu singkat dan semakin moden menjadikan setiap orang ingin mempelajari dunia teknologi bagi membantu melancarkan segala urusan mereka terutamanya dalam memperluaskan pasaran jualan kepada orang ramai dengan lebih pantas menggunakan media sosial. Walaupun masih sebagai seorang pelajar, tidak menghalang hasrat beliau untuk terus mencari peluang bisnes meskipun hanya sebagai pendapatan sampingan dan secara kecil-kecilan, selagi peluang terbuka luas dan memandangkan media sosial merupakan platform masa kini yang senang dan mudah digunakan oleh kebanyakkan peniaga untuk promosikan setiap produk mereka.
Apa yang dipelajari melalui PI1M
- Mendapat bimbingan cara melayari internet untuk mencari maklumat dan mendapatkan maklumat
- Mempelajari cara membuat email
- Mempelajari cara untuk memasarkan produk di laman web seperti Mudah.my
- Mempelajari cara membuat logo/sticker menggunakan perisian Adobe Photoshop
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
- Mempelajari cara untuk menarik pelanggan untuk membuat tempahan menggunakan medium Whatsapp.
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI1M membantu dan memberi idea dalam penghasilan ‘sticker’ produk
- PI1M membantu mempromosikan produk dengan meletakkan produk di PI1M
- Memberi kelas tambahan yang diperlukan