mcmc
Aktiviti SemasaMaklumat Am

NADI Tiny Techies mencipta kejayaan membanggakan di Pertandingan Robotik Antarabangsa 2025

Bangkok, Thailand | 30 Oktober hingga 2 November 2025 –

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus membuktikan komitmen dalam memperkasa komuniti digital apabila inisiatif NADI Tiny Techies mencipta kejayaan membanggakan di Pertandingan Robotik Antarabangsa 2025 yang berlangsung di Robot Realm, Zeer Rangsit Mall, Bangkok, Thailand.

Tiny Techies merupakan inisiatif di bawah teras Perkhidmatan Pintar Pembelajaran Sepanjang Hayat, yang bertujuan memperkasa kemahiran teknologi, memupuk kreativiti dan inovasi, serta meningkatkan keyakinan diri generasi muda Malaysia di pentas global.

Pertandingan Robotik Antarabangsa 2025 menyaksikan penyertaan cemerlang daripada pasukan NADI yang menampilkan bakat dan kemahiran luar biasa dalam bidang robotik serta inovasi digital. Antara wakil NADI ialah NADI Felda Gunung Besout 1 bagi kategori Sumo Robotik dan NADI Felda Linggiu bagi kategori Inovasi IoT.

Pencapaian Pasukan NADI Tiny Techies:

🏅 Emas

• Sumo Robot 1,000g RC (Junior)

• Sumo Robot 1,500g RC (Junior)

• Sumo Robot 1,000g Auto (Terbuka)

• Projek Kreatif (Senior)

🥈 Perak

• Sumo Robot 1,000g RC (Junior)

🥉 Gangsa

• Sumo Robot 1,500g RC (Junior)

• Projek Kreatif (Junior)

🏆 Tempat Keempat

• Sumo Robot 500g RC (Junior)

• Sumo Robot 500g Auto (Terbuka)

Tahniah kepada semua peserta NADI Tiny Techies atas kejayaan membanggakan ini yang sekali lagi membuktikan potensi dan kebolehan anak muda Malaysia di peringkat antarabangsa.

#NADIMCMC#TinyTechies#PerkhidmatanPintarNADI