Pondok Polis Pekan Baru Pitas
Pengenalan
Datuk Bolkiah Haji Ismail mencadangkan supaya menaiktaraf Balai Polis daerah Pitas yang ada sekarang dengan menambah jumlah pegawai dan kakitangan atau pasukan khas melalui Esscom bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku dimasa akan datang kerana kawasan itu terlalu hampir dengan perairan Sulu Filipina.
Katanya, Pitas telah diiktiraf sebagai Daerah penuh yang mempunyai jumlah penduduk melebihi 40,000 orang dan wajar mempunyai sebuah balai atau Ibu Pejabat Polis Daerah yang serba lengkap.
Bolkiah ketika ditemui berkata, dalam Parlimen Kudat terdapat tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Dun Banggi, Tanjung Kapor dan Pitas.
Katanya, dalam kawasan itu juga mempunyai pecahan iaitu 70 peratus daripadanya penduduk yang tinggal di pesisir pantai yang ramai bekerja sebagai nelayan dan berhadapan dengan ancaman keselamatan.
Kampung Mapan-Mapan, Kg Mangkubau, Kg Pantai, Kg Bongkol, Kg Kanibongan semua dalam kawasan Dun Banggi, sedaratan dengan kawasan Dun Pitas.
Kampung Landung Ayang Laut dan Darat, Kg Perapat Laut, Kg Limau-Limauan, Kg Bak-Bak, Kg Tanjung Kapor, Kg Pengaraban, Kg Pantai Bahagia, Kampung Tajau, Simpang Mangayau dan Sikuati terletak dalam Dun Tanjung Kapor.
Kampung Talaga, Kg Malubang, Kg Kalumpang, Kg Rosob dan Kg Pinggan-Pinggan berada dalam Dun Pitas perlu didirikan balai polis.
Bolkiah berkata, dengan memperbanyakkan penubuhan Pusat Keselamatan terutama sekali di Zon Utara dalam Parlimen Kudat khasnya sekurang-kurangnya kadar jenayah dapat dikurang atau disifarkan.
Menurutnya, insiden di Lahad Datu dan Semporna yang telah mengorbankan seramai 10 anggota keselamatan negara hendaklah menjadi iktibar kepada kita.
Bolkiah juga menasihatkan rakyat di kawasan Parlimen Kudat suapaya berwaspada dengan kedatangan orang yang tidak dikenali serta melaporkan nya kepada pihak yang berwajib jika kawasan kediaman didatangi oleh orang yang mencurigakan.
Tugas- Tugas
- Memantau keadaan kampung
- Membantu dan menyelamat penduduk kampung
Alamat
Pondok Polis Pekan Pitas,
89100 Kota Marudu,
Sabah.
Telefon : 088-671808
(Sumber daripada Pejabat Polis Pekan Pitas)