Makanan tradisi di daerah Pekan Baru Pitas sememangnya terdapat pelbagai aneka juadah, bentuk, rasa dan warna memandangkan di kawasan dearah Pekan Baru Pitas ini terdapatnya banyak suku kaum yang majoritinya adalah berbangsa Sungai, Bajau, Dusun, Rungus, Tombonuo dan terdapat juga segelintir bangsa yang bukan penduduk asal di kawasan daerah Pitas tetapi telah bermastautin lama di daerah Pitas seperti bangsa Bugis, Suluk dan sebagainya. Berikut kami paparkan pelbagai jenis makanan yang menjadi juadah harian mahupun keramaian kepada suku kaum atau bangsa yang terdapat disekitar kawasan dearah Pitas.
1.SUKU KAUM DUSUN
Makanan-makanan orang Kadazan Dusun lebih kepada sayur-sayuran. Ini disebabkan kebanyakan suku kaum ini tinggal di kawasan pedalaman atau di tepi-tepi sungai pada masa dahulu. Di dalam senarai ini terdapat beberapa sahaja makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun. Antaranya ialah:
A) TUHAU
Tumbuhan Tuhau mempunyai bau yang sangat kuat seperti bau serangga dan tumbuhan ini hidup subur dikawasan hutan terutamanya di Pulau Borneo. Tuhau merupakan sejenis jeruk yang boleh dimakan bersama dengan nasi.
(Buah tuhau yang belum diproses) (Tuhau siap dihidang setelah diproses)
B) BAMBANGAN
Buah bambangan merupakan sejenis mangga hutan yang terbesar di dunia dan banyak didapati di Pulau Borneo terutamanya di Sabah. Cadangan makanan sesuai untuk makan bersama dengan ikan gorang atau ikan masin kerana rasanya yang agak masam-masam manis pedas ditambah dengan beberapa biji cili padi.
Cara memproses buah bambangan dan buah bambangan siap untuk dihidang.
C) HINAVA/HINATA
Bahan utamanya adalah isi ikan (biasanya ikan Tenggiri dan ikan Yu) yang dicampurkan bersama bahan-bahan lain seperti biji buah bambangan, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam.
Cara memproses dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat hinava/hinata.
2.SUKU KAUM SUNGAI
Suku kaum Orang Sungai ini merupakan Pribumi Sabah yang ramai terdapat di Pantai Timur Sabah. Majoriti penduduk di kawasan dearah Pitas adalah yang berbangsa Sungai. Diantara makanan-makanan tradisi bagi suku kaum Sungai adalah seperti sinagol iaitu sejenis sayur-sayuran, kuih sapit, kuih jala, kuih bahulu dan sebagainya.
(Kuih Penjaram) (Kuih Baulu)
(Kuih Jala) (Kuih Rempeyek)
(Ikan Masak Ampap) (Pucuk Ubi masak tumis)
3.SUKU KAUM BAJAU
Bajau merupakan salah satu kaum majoriti di Sabah yang terdiri daripada dua kumpulan iaitu Bajau Samah yang menetap di bahagian Pantai Barat Sabah dan Bajau yang menetap di bahagian Pantai Timur Sabah. Majoriti di bahagian kawasan Pitas merupakan suku kaum Bajau Samah begitu juga di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud dan Papar manakala Bajau di Pantai Timur Sabah menetap di sekitar Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Kedua-dua kumpulan Bajau ini mempunyai tradisi dan adat yang sangat berbeza khususnya Bajau dari Kota Belud dan Bajau dari Semporna.